2 comments:

noor zalena mat zali(202111) said...

Artikel yang ditulis oleh Zanariah Mahamad ini adalah berkaitan dengan penggunaan graphing calculator dalam pengajaran dan pembelajaran matematik .
Peranan teknologi grafik dalam konteks matematik,graphing komputer boleh diibaratkan sebagai komputer riba yang boleh disimpan di dalam poket.Ia dapat mengurangkan prosedur aritmetik dan algebra yang panjang dan membosankan.Ia juga mengandungi cara memplot graf dan menyelesaikan persamaan .Ini dibuktikan dengan huraian sukatan pel. (HSP) di ruangan P&P Graphing calculator sebagai alat bantu mengajar.
Terdapat pro dan kontra tentang penggunaannya.Antara kelebihannya ialah membantu pelajar memahami konsep matematik dengan lebih baik,menarik minat pelajar mempelajari matematik,menjadi alat bantu mengajar malahan pembelajaran alternatif kepada komputer,memberi pengalaman yang bermakna kepada pelajar dan mendorong pelajar dalam memikir dan menakkul semasa pembelajarn matematik. Keburukannya ialah graphing komputer ini boleh dimasukkan program yang lain seperti permainan ,lagu dan pelbagai program yang boleh melalaikan pelajar.Selain daripada itu pelbagai maklumat boleh disimpan yang mana membimbangkan guru-guru tentang peniruan dalam peperiksaan.oleh kerana ia telah diprogramkan, kalkulator ini tidak dapat menguji kemahiran kognitif pelajar.Namun begitu penggunaan banyak deria dalam penggunaan graphing kalkulator menyebabkan maklumat akan tersimpan lebih lama dalam ingatan pelajar

Nurul Adilah Che Cob 202131 said...

penggunaan graphing calculator sangat membantu dalam proses p&p. penggunaannya dapat menyemai sikap positif dikalangan pelajar. penggunaan graphing calculator sangat terbukti berkesan dimana peralatan teknologi dan perisian multimedia berkemampuan menjana kreativiti, emosi dan fantasi pelajar. proses p&p yang melibatkan lebih dari satu deria dikenal pasti akan berkekalan lebih lama dan dapat meningkatkan daya ingatan dan kefahaman pelajar.

Post a Comment